Cara Bakar Lemak Dengan Mudah Tanpa Perlu Bersusah Payah Ke Gym
Adakah azam tahun baru setiap tahun anda adalah untuk turunkan berat badan? tapi malangnya tidak pernah berjaya. Jika anda seperti di atas tahukah anda ada cara mudah dan berkesan untuk anda yang ingin kurus tanpa perlu bersusah payah bersenam di gym.
✘. Mengemas rumah
Mengemas rumah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori.
✘. Membeli belah
Window shopping atau membeli belah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori. Anda tidak perlu membeli apa-apa pun dan dapat membakar kalori anda
✘. Tidur
Anda boleh membakar 100 kalori semasa tidur jika anda menambah dua hingga 5 pound berat otot anda. Bagaimana? Tambahkan pengambilan protein anda dan bersenam di gym.
✘. Membasuh/melipat/gosok baju
Habiskan masa selama 45 minit dengan mencuci, menyidai dan menggosok pakaian anda dan anda boleh membakar 100 kalori.
✘. Bermain boling
Bermain boling selama 30 minit dapat membakar 100 kalori. Tetapi anda harus mengurangkan memakan snek semasa bermain boling.
✘. Masak
Luangkan masa selama 40 minit dengan memasak – bermula dari penyediaan barang, sesi potong-motong, masak sehinggalah hidang di meja makan dapat bakar 100 kalori.
✘. Berjalan kaki 20 minit
Berjalan kaki selama 20 minit atau pun 2000 langkah dapat membakar 100 kalori.
✘. Berdiri tegak
Berdiri selama 20 minit selang beberapa jam dapat membakar 100 kalori. Contohnya anda boleh lakukan di pejabat (berdiri semasa membuat panggilan, atau bercakap dengan rakan sekerja)
✘. Membawa bakul semasa membeli barang
Jika anda selalu menggunakan troli semasa membeli barang dapur, kali ini tukar pula dengan bakul. Membawa bakul selama 30 minit dapat membakar sebanyak 110 kalori.
✘. Menari
Menari selama 20 minit dapat membakar 100 kalori badan anda.
✘. Naik turun tangga
Naik turun tangga dan buat sedikit senaman di tangga selama 30 minit, dapat membakar 100 kalori.
✘. Mengemas katil
Mengemas katil, bantal, menukar sarung selama 50 minit hingga 1 jam dapat membakar 100 kalori.
✘. Bermain pool/snooker
Bermain pool dan snooker selama 40 minit dapat membakar 100 kalori. Bayangkan kalau bermain selama berjam-jam?
✘. Berkebun
Tahukah anda bahawa dengan berkebun, bercucuk tanam sahaja anda boleh membakar sehingga 105 kalori, lakukan lebih kurang 25 minit, jadikan ia sebagai hobi.
✘. Membaca
Cara dengan menghabiskan 65 minit membaca untuk membakar 100 kalori bahkan juga membantu mengekalkan otak anda.
Senang je kan Jom amalkan aktiviti bermanfaat ini untuk sihat kekal muda.



Ulasan
Catat Ulasan