Cara berkesan untuk melambatkan penumbuhan bulu ketiak anda
Jika anda seorang penggemar fashion moden terkini pastinya anda juga selalu memakai baju tidak berlengan. Menjadi masalah apabila anda terlupa mengcukur bulu ketiak, ia dapat dilihat oleh orang lain pastinya itu memalukan.
Menjadi masalah juga jika mengcukur terlalu kerap kerana akan menyebabkan permukaan kulit menjadi nipis dan mudah terkena jangkitan. Jadi tidak hairan lah kenapa ramai orang sanggup menahan kesakitan menggunakan waxing dan rawatan laser demi menghilangkan bulu ketiak.
Tapi tahukah anda, ada beberapa cara tardisional yang boleh dipraktikkan untuk memastikan bulu ketiak tidak tumbuh dengan cepat.
Ada bahan-bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk melambatkan pertumbuhan bulu ketiak.
Hanya campurkan 1 sudu teh betik muda dengan 1/2 sudu teh serbuk kunyit. Setelah sebati, aplikasikan ke permukaan ketika secara merata sambil diurut lembut. Lakukan selama 15 minit. Setelah itu bilas dengan air sehingga bersih.
Untuk pengetahuan anda, betik muda mengandungi enzim aktif yang boleh memusnahkan folikel rambut sekaligus melambatkan pertumbuhannya. Lakukan rawatan ini selama seminggu sekali secara rutin untuk hasil yang maksimum.
Walaubagaimanapun, hasilnya mungkin juga berbeza pada setiap individu, bergantung jenis atau jenis kulit anda.
Dah baca sila share ke media sosial kalian.



Ulasan
Catat Ulasan