Dia Guna Gambar Duit Rupanya Memang Deep Habis Persembahan Baby Pian
"Ingatkan bunga, rupanya duit yang terbang dekat screen belakang tu. Memang deep habis la persembahan Sufian Suhaimi semalam patut la Elfira Loy sampai tweet terkesan la tu"
Semalam persembahan Sufian Suhaimi diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik AJL ke-33. Akan tertapi apa yang lebih menjadi bualan netizen bukanlah berkenaan kemenangan beliau, sebaliknya mengenai tema persembahannya yang menggunakan latar belakang pelamin bekas tunangnya Elfira Loy.
Lebih menghangatkan lagi suasana selepas Elfira Loy dilihat turut berkongsi ucapan tahniahnya kepada bekas tunangnya itu di atas kemenangan dalam nada sindiran. Para netizen tidak melepaskan peluang meluahkan rasa marah dan kecaman di twitter Elfira.
Di twitter dan facebok juga ramai yang mempersoalkan props dan grafik yang di gunakan untuk persembahan tersebut, ia seakan kelihatan seperti duit yang sedang berterbangan. Akan tertapi team dari pereka grafik untuk persembahan tersebut tampil menjelaskan bahawa grafik berkenaan adalah kelopak bunga yang berterbangan bukan duit seperti di perkatakan.
Tak kira lah duit ke bunga ke yang penting baby Pian dah menang. Ucapan tahniah dari kami untuk Sufian Suhaimi.
Jom kita move on..



Ulasan
Catat Ulasan