Langkau ke kandungan utama

Ketahui penyebab bau mulut dan cara untuk hilangkan bau mulut


hijab bersilang berlilit kutub utara kutub selatan, solekan kalah top model tapi mulut berbau.


Nafas berbau busuk adalah sangat memalukan, apatah lagi ketika kita perlu bercakap dengan orang lain untuk urusan kerja dan sebagainya. Ini pasti akan menimbulkan rasa tidak senang mereka kerana bau mulut kita yang busuk. Bagi kita sendiri pastinya tiada mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan siapa saja.

Penyakit nafas berbau atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai Halitosis iaitu daripada perkataan Greek yang bermakna nafas busuk (halit) dan penyakit (osis).

Apakah Punca terjadinya Halitosis?
90 peratus masalah halitosis berpunca daripada bakteria dalam mulut kita. Bakteria ini mengeluarkan gas ‘volatile sulphur compound’ yang merupakan punca bau busuk dalam mulut.

Apakah perkara yang boleh menyebabkan nafas dan mulut berbau?
Penggunaan gigi palsu, Merokok, pengambilan makanan dan minuman yang berbau seperti minuman beralkohol, minuman makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti petai, jering, durian, bawang putih.


Penyakit juga menyebabkan masalah mulut berbau seperti 
Penyakit gigi dan gusi, Penyakit diabetis yang tidak terkawal, Penyakit kegagalan fungsi hepar, Penyakit kegagalan fungsi ginjal, Penyakit paru-paru dan sinus yang kronik, Pembengkakkan tonsil atau adenoids Jangkitan candidiasis dalam mulut dan lidah, Pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamin, decongestants , antidepression, antipsychotic dan lain-lain yang boleh mengakibatkan pengurangan pengeluaran air liur atau menyebabkan mulut kering. Tidak mengamalkan kebersihan mulut iaitu tidak berkumur selepas makan atau minum, tidak memberus gigi , lidah dan rongga mulut sekurang kurangnya dua kali sehari di waktu pagi dan malam sebelum tidur


Apakah ada cara untuk Hilangkan Nafas dan mulut berbau Bebau.
• Membersihkan lidah setiap hari
• Berjumpa doktor gigi sekali setahun
• Mengunyah chewing gum ( tanpa gula)
• Minum air sekurang kurangnya 2 liter sehari.
• Memberus gigi setiap hari
• Elak pencuci mulut berakali (punca mulut kering)


Masalah nafas berbau amat penting kerana ia memberi kesan psikologi kepada pesakit dan memberi kesan dalam aktiviti sosial seharian. Bayangkan jika penampilan hebat dengan hijab bersilang berlilit kutub utara kutub selatan, solekan kening yang on point tetapi mulut berbau bangkai ayam mati.

Sekiranya masalah nafas berbau anda ini masih tidak dapat di selesaikan, anda di cadangkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik pergigian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sakit mata boleh berjangkit dengan cara pandang orang sakit mata betul ke?

Betul Ke Sakit Mata Boleh berjangkit Hanya dengan Melihat Orang Yang Sakit Mata Betul ke kata orang sakit mata tu boleh merebak dengan hanya merenung mata pesakit yang merah menyala, ia juga boleh menular melalui udara saja.? Sesuatu yang kita percaya sejak dulu lagi kan. Sakit mata atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai konjunktivitis atau radang inflamasi pada tisu konjunktiva mata putih yang menyaluti lapisan bola mata. sakit mata terjadi adalah di sebabkan jangkitan pada kelopak mata kita, ketidaknormalan pada kelopak mata skleritis/episkeritis iaitu radang pada lapisan sklera mata biasanya berkaitan dengan masalah sistemik, masalah kornea glaukoma akut iritis iaitu radang pada tisu iris yang membentuk anak mata atau disebabkan oleh kecederaan mata. Ia merangkumi dari masalah ringan disebabkan benda asing habuk debu atau sebagainya. jangkitan konjunktivitis hinggalah pada penyakit yang serius seperti iritis dan glaukoma yang teruk. Adakah benar sakit mata ini bo...

Saman Ibu Bapa Sendiri Kerana Lahirkannya Ke dunia

Tidak Puas Hati Di Lahirkan Ke Dunia Lelaki Ini Saman Ibu Bapanya Berkahwin dan mempunyai anak sendiri adalah menjadi impian semua orang di dunia ini, namun apa yang terjadi kadang-kadang tidaklah seindah yang di bayangkan. Pelik tapi benar itulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri di New Delhi, India apabila seorang anak pasangan ini menyaman kedua orang tuanya atas alasan melahirkannya ke dunia tanpa izinnya. Pemuda tersebut, Raphael Samuel merupakan anti-natalism (mempunyai kefahaman yang mepuyai penilaian negatif terhadap kelahiran) mengatakan, melahirkan makhluk tanpa meminta persetujuan mereka ada salah dari segi moral. Menurut pemuda ini, dia tidak mempunyai tentangan terhadap kanak-kanak atau kehidupan mereka, namun dia percaya bahawa kehidupan yang tidak mendapat persetujuan pemilik tidak seharusnya di bawa ke dunia. Pemuda ini merancang mahu mengheret ibu bapanya ke mahkamah kerana mengangap dia adalah mangsa dalam kehidupan. "Saya sayangkan ibu ...

Bakar Lemak Dengan Mudah Tanpa Perlu Bersusah Payah Ke Gym

Cara Bakar Lemak Dengan Mudah Tanpa Perlu Bersusah Payah Ke Gym Adakah azam tahun baru setiap tahun anda adalah untuk turunkan berat badan? tapi malangnya tidak pernah berjaya. Jika anda seperti di atas tahukah anda ada cara mudah dan berkesan untuk anda yang ingin kurus tanpa perlu bersusah payah bersenam di gym. ✘. Mengemas rumah Mengemas rumah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori. ✘. Membeli belah Window shopping atau membeli belah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori. Anda tidak perlu membeli apa-apa pun dan dapat membakar kalori anda ✘. Tidur Anda boleh membakar 100 kalori semasa tidur jika anda menambah dua hingga 5 pound berat otot anda. Bagaimana? Tambahkan pengambilan protein anda dan bersenam di gym. ✘. Membasuh/melipat/gosok baju Habiskan masa selama 45 minit dengan mencuci, menyidai dan menggosok pakaian anda dan anda boleh membakar 100 kalori. ✘. Bermain boling Bermain boling selama 30 minit dapat membakar 100 kalori. Tetapi anda har...