Langkau ke kandungan utama

Selepas Teruk Dikecam Pemilik HousBoom Minta Maaf

Pemilik HousBoom Mohon Maaf Kepada Syed Saddiq


Selepas viral kerana mengecam menteri belia dan sukan Syed Saddiq kerana tidak mempromosiakan jenama air minumannya, dan menggelar Syed Saddiq dengan panggilan tidak sepatutnya. Hari ini pemilik jenama air minuman HousBoom itu tampil membuat permohonan maaf kepada Syed Saddiq dan rakyat malaysia.

"Berikut adalah komen dari facebook Azri Zahier Azmi"

PERMOHONAN MAAF SEMPENA TAHUN BABI

Aku bukan ahli politik. Bahasa aku, apa yang aku cakap adalah benda yang betul. Isi hati. Realiti. Rakyat marhaen. Aku bukan nak please sesiapa. Just me and my team.

Hanya usahawan sebenar paham kekecewaan aku dan team aku rasa. Kami usaha bertahun-tahun balik lewat, tinggal anak bini, ikat perut, pinjam duit orang, bergolok bergadai demi membangunkan bisnes.

Wallahi. Bukan sebab nilai sponsor tu. Demi Allah. Siapa yang pergi event-event aku tahu yang kami suka bagi free je. Setahun bajet kami ratusan ribu botol utk diberi percuma.

Ia juga bukan isu “menteri tak tolong” kami. Wallahi kami tak kisah pun. Kami tahu bisnes ini lain permainannya. Tak perlukan surat-surat sokongan pun. Ini bisnes consumer. Pengguna. Rakyat marhaen.

Isunya adalah janji dan harapan yang diberi. Bukan kepada aku seorang, ada banyak lagi yang diberikan janji sama. Cuma mereka memilih untuk berdiam diri dan telan sahaja butir pasir yang disuapkan. Sebab kita rakyat marhaen.

4 bulan. EMPAT BULAN. 120 hari. SERATUS DUA PULUH HARI. Itu masa yang diberikan untuk YB Menteri respon. Aku dah guna semua saluran MENGINGATKAN janji tidak tertunai itu.

Sebab itu, Syed Saddiq TAK SENTUH LANGSUNG bab ini.

Termasuklah aku hantar surat rasmi beserta invoice. Pada aku, kalau tak boleh kotakan janji pun takpe la. Bayar sahaja kos sponsor tu. Bukan banyak mana pun kepada sebuah kementerian; RM192 sahaja. Tapi besar NILAINYA kepada usahawan muda macam kami.

Pun tidak dilayan juga. Pada 16 January, pegawai KBS hantar gambar YB dengan produk aku. Itu sahaja. Tidak seperti yang dijanjikan. Pegawai sendiri beritahu, gambar itu BARU DITANGKAP SETELAH DIPUSH oleh beberapa pegawai lain sebab PEMILIK-PEMILIK PRODUK YANG LAIN SUDAH BISING.

Tapi aku sendiri dah tak kisah dah. Sumpah.

Cuma yang triggered aku balik bila semalam Syed Saddiq promote satu produk ni. Kata beliau, ini atas inisiatif yang sama. Setiap minggu dia buat macam ni. Eh??? After 4 months, u claimed u have been doing this every week?? Aku baca komen, RAMAI yang nak hantar produk untuk tujuan sama.

Jadi, aku berasa bertanggungjawab untuk berkata benar walaupun pahit.

Ramai je usahawan mengucapkan terima kasih sebab jadi wakil meluahkan isi hati semua.



Tapi takpe la. Nasi dah jadi bubur.

Aku mengaku salah aku menggunakan bahasa yang kasar. Bak kata Chef Wan; dirasuk syaitan.

BUT I MANAGED TO SEND HIM AND HIS POLITICAL TEAM A VERY, VERY, VERY CLEAR MESSAGE:

1. Usahawan bukan golongan untuk ditabur janji yang tidak akan dipenuhi.

2. Media sosial ADALAH SALURAN YANG TEPAT untuk mendapatkan respon ahli politik.

YB claim la apa pun kejayaan kami. Orang akan percaya sebab “u are the minister”. Tapi rakyat Malaysia yang bantu viralkan social media campaign kami tahu jawapan sebenarnya.

Kami berniaga demi agama, bangsa dan negara; BUKAN KERANA NAMA (atau undi).

Apa pun YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, saya sejujurnya memohon maaf ATAS KEKASARAN BAHASA saya.

Assalamualaikum.

Yang benar,
AZRI ZAHIER AZMI
Do or Die

P/S: kepada parti politik yang lain, jangan la berjimba mcm ini juga kejayaan korang ye. Korang pun dua kali lima juga dulu.

SAYA JUGA MEMOHON MAAF KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

JELAS, SAYA BUKANLAH USAHAWAN YANG LAYAK JADI ROLE MODEL ANDA SEMUA.







Apa komen anda.?

Ulasan

  1. "Selamat siang Bos 😃
    Mohon maaf mengganggu bos ,

    apa kabar nih bos kami dari Agen365
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Silahkan di add contact kami ya bos :)

    Line : agen365
    WA : +85587781483
    Wechat : agen365


    terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

kenapa perut boleh buncit.?

kenapa perut Jadi Buncit Kata orang perut buncit itu tandanya seseorang itu bahagai betul ke? Jawapannya salah sama sekali. Bahagia tidak boleh diukur dengan besarnya perut seseorang, bahagia itu hanya diri sendiri saja yang boleh mengetahui dan rasa, orang lain takan mampu mengukur setakat mana kebahagiaan kita. Okey bukan bahagia yang kita ingin bahaskan tetapi berkenaan masalah perut buncit. Di Malaysia ini sangat ramai orang yang perutnya boncit dan mejoriti dari mereka adalah dari golongan pertengahan usia di anrara 30an-50an, selebihnya adalah dari golongan 30an ke bawah. Persoalannya kenapa perut boleh buncit.? Ada yang mengatakan mereka tidak makan dengan banyak tetapi tetap perut mereka jadi buncit, terutamanya bagi lelaki yang sudah berkahwin persoalan ini sering saja timbul. Bila seseorang itu perurtnya boncit selepas kahwin ia menjadi pekara biasa dalam masyarakat. Tahukah anda perut boncit terjadi bukanlah hanya dengan faktor permakanan sahaja, tapi banyak sebab-seb...

Jawapan dari persoalan anda ada di sini

Kenapa Di landasan kereta api ada batu? Bentuk setiap batu adalah tidak sama tiada batu yang berbentuk bulat Pernahkan anda berfikir kenapa disetiap landasan kereta api didunia ini ada batu disekelilingnya, Kenapa bukan pasir atau simen atau benda-benda lain. Berikut adalah alasan kenapa di sekeliling landasan kereta api mempunyai batu. 1. Batu berguna sebagai Ballast Batu-batu kerikil yang berada di landasan kereta api di sebut ballast, ia berfungsi sebagai pemberat atau penyeimbang agar landasan kereta api tersebut selalu berfungsi. Miskipun terlihat sepele keberadaan batu kerikir sebagai ballast ini sangatlah penting. Selain itu juga, batu-batu ini bertindak sebagai penghalang untuk sebarang tumbuhan untuk tumbuh pada landasan kereta api. 2. Stabilitas landasan kereta api Batu-batu ini digunakan sebagai material khusus penampung stabilitas antara kenderaan dan strutur ral kereta api itu sendiri. Keberadaan bongkah kayu dibawah rel besi pula berguna untuk menahan ked...

Kepadatan Air Mani Tinggi Kajian Atas Pengguna Ganja

Sample air mani daripada lelaki yang pernah mengisap ganja mempunyai kepadatan sperma yang tinggi Para saintis dari Amerika Syarikat mendapati pengambilan ganja ada kaitaan dengan tahap kesuburan lelaki. Berita Bloomberg melaporkan tentang kenyataan berkenaan, berdasarkan kajian terhadap 600 lelaki yang mengunjungi klinik kesuburan bersama pasangan mereka. Laporkan kenyataan berkenaan dibuat berdasarkan kajian terhadap 600 lelaki yang mengunjungi klinik kesuburan bersama pasangan mereka 55 peratus mengakui pernah mengambil ganja dan 44 peratus lagi pernah menggunakan dadah selain ganja. Dan 11 peratus daripada peratusan tersebut masih menggunakan ganja. Analisis daripada sample air mani menunjukkan lelaki yang pernah menghisap ganja mempunyai kepadatan sperma 62.7 juta sel per mililiter berbanding 45.5 peratus sahaja bagi lelaki yang tidak menghisap ganja. Para penyelidik dari kolej kesihatan public Th Chan di Boston Amerika dr Jorge berkata banyak yang belum di ketahui m...