Betul Ke Kalau Mandi Malam Paru-Paru Masuk Air, Mandi Masa Peluh Nanti Kulit Naik Panau, Mandi Lepas Makan Perut Jadi Buncit Dan Banyak Lagi.

Jangan mandi malam nanti paru-paru masuk air. Itu adalah ungkapan yang selalu kita dengar dari orang-orang tua dulu atau dari ibu ayah kita sendiri.
Tipu la kalau korang tak pernah dengar pantang larang famous tentang mandi malam ni, yang selalu mak-mak kita cakap dulu.
Antara benda-benda top yang selalu kita dengar. Tak boleh mandi malam, mandi lepas makan perut buncit dan ada saja la yang tak kena. Soalnya, adakah semua ini benar atau hanya mitos semata-mata.
Sebenarnya ada lagi beberapa pantang larang tentang mandi yang korang mesti pernah dengar tapi tak tahu betul ke tak. Daripada Dr. Kamarul Ariffin di laman sosialnya ada berkongsi beberapa pantang larang dan pandangan dari sudut perubatan.
1. Mandi ketika berpeluh menyebabkan panau
Ini Hanyalah mitos! Panau adalah jangkitan sejenis kulat pada kulit. Kulat ini memang hidup di permukaan kulit manusia, namun ia hanya menyebabkan panau apabila kelembapan kulit sangat tinggi, imuniti badan rendah,atau tubuh kekurangan gizi. Hakikatnya, jika berpeluh atau selepas mandi, anda tak keringkan badan, maka anda berisiko kena panau dan pengor.
2. Mandi basahkan kepala dulu menyebabkan strok
Ini hanyalah mitos! Strok berlaku apabila darah beroksigen tidak sampai ke tisu otak, sama ada akibat pembuluh darah pecah atau tersumbat. Perubahan suhu di kepala apabila terkena air ketika mandi tidak mengganggu saluran darah beroksigen ke otak. Mandilah anggota apa dulu pun, tapi tak kawal hipertensi, diabetes dan masalah jantung, maka tetap berisiko kena strok.
3. Mandi malam menyebabkan paru-paru berair
Ini hanyalah mitos. Istilah paru-paru berair ni ditafsirkan dalam bahasa perubatan sebagai ‘pneumonia’. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru. Mandi malam tidak menyebabkan serangan pneumonia mahupun serangan hantu pocong. Namun, jika anda menghidapi asma dan alah kepada sejuk, mandi malam boleh menyebabkan serangan asma.
4. Mandi lama-lama ketika pantang bersalin sebabkan bentan
Ini hanyalah mitos. Mandi lama-lama tidak menyebabkan bentan atau badan masuk angin. Luka perineum atau perut jika bersalin melalui pembedahan Cesarean, perlu dijaga dengan baik. Jangkitan pada luka boleh menyebabkan demam. Selain itu, perlu makan makanan yang seimbang dan minum air secukupnya. Barulah tak lesu. Mandi sekejap tu namanya mandi kerbau.
5. Mandi selepas makan menyebabkan perut buncit
Ini juga mitos! Tanggapan yang mengatakan proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi adalah tidak benar. Proses pencernaan tetap akan berlangsung, dan lemak tidak akan membeku hanya kerana penurunan suhu badan akibat mandi. Mandi yang menyebabkan perut anda buncit tu namanya Nasi Mandi (Arab). Hiks!
Jadi apa kata korang pulak setuju ke tak.? Dah terbiasa dah kan.

Ulasan
Catat Ulasan