Langkau ke kandungan utama

Syed Saddiq di Kecam Babi kerana Tidak mempromosikan Air Minuman HousBoom

YB Syed Saddiq, better jadi babi daripada jadi ahli politik penipu penindas orang muda. 



Hanya kerana 48 botol air minuman Housboomnya tidak di promosikan oleh menteri belia dan sukan, pemilik jenama ini haramkan setiap titis yang diminum.

Dengan menggunakan bahasa yang kesat dan makian pemilik jenama ini dengan lantang mengecam Syed Saddiq kerana menipunya.

Berikut adalah apa yang di tulis oleh facebook Azri Zahier Azmi.

SEMPENA TAHUN BABI, INI CERITA PASAL KE-BABI-AN.

Berkali-kali aku tegur usahawan-usahawan muda agar tidak langsung berharap pada ahli-ahli politik, baik yang tua atau pun yang muda. Sebab kalau namanya ahli politik, daripada parti mana pun, perangai najis mereka tetap sama.

Semenjak menjual air botol ni, aku dah tak ambik pusing pasal politik dan ahli-ahlinya. Cuma kadang-kadang diorang ni akan cari aku minta sponsor, buat program atau nak menumpang publisiti.

Mana yang aku rasa ok aku akan support; seperti inisiatif promosi produk di media sosial Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sebab, team aku kaji follower profile dia, dengan 1.7juta pengikut pasti akan beri impak positif kepada promosi produk aku. Kena dengan target pasaran aku.

Pegawai KBS yang contact aku bagitau pasal program ni. Katanya minta aku sponsor produk untuk mesyuarat kabinet. Time tu menteri akan “baca profile usahawan dan akan promote kat ig personal dia”.

Dua points; baca profile and promote kt ig personal dia. Aku pegang dua-dua ni. Sebab waktu tu aku fikir, boleh la menteri-menteri kabinet ni jadi pushing power untuk bantu produk aku penetrate convenient stores besar-besar, Hypermarket dan petrol stations. Promote kat ig bunyinya bodoh je tp buat siapa yang tahu, kita sanggup bayar beribu untuk influencer post produk kita.

Maka aku pun on la. Buat profile cantik-cantik, siap ada custom-made card (Kitorng buat ala-ala music zine). Staff stay up tak tido siapkan semua. Tau-tau je la level team aku kalau nak buat something tu. Mesti buat kaw-kaw punya. Kitorng really look forward for this!

Tapi, kalau manifesto pun ahli politik boleh kencing, takkanlah janji yang ini dia akan tunaikan pulak??

Produk aku diletakkan atas meja mesyuarat kabinet. Profile aku TIDAK DIBACA. Produk aku TIDAK DI POST di ig beliau. TIDAK SEPERTI DIJANJIKAN.

Tapi ko ingat aku kesah? Puih. Aku just haramkan setiap titis air dari botol aku dan aku haramkan setiap titis peluh team aku je.

Selepas 2 bulan, ada seorang pemilik produk datang jumpa aku. Meluah perasaan pasal KENA TIPU DENGAN SYED SADDIQ. Juga pasal program yang sama. Dia lagi kesian la. Produk dia kategori premium. Kos pun tinggi gila. Dah bagi FREE lepas tu takde pape jadi pun.

Dia bagitahu, ada RAMAI lagi yang SYED SADDIQ “manifesto-kan” (terma baru).

Selaku bekas Presiden Persatuan Usahawan Luar Bandar Malaysia (RBC), naluri fighter aku terhidup kembali. Aku paham benar usahawan muda punya pengorbanan dan kesanggupan ni macam mana. Aku rasa bertanggungjawab nak membela mereka.

Aku tulis surat kepada Syed Saddiq dan Timb Pengarah yang berkaitan minta penjelasan; TIADA RESPON dari menteri. Timb Pengarah je minta maaf berjela-jela. Kesian pulak aku.

Selang beberapa hari, pegawai KBS hantar gambar Syed Saddiq minum air aku (yang telah aku haramkan). Aku garu kepala. Untuk apa?? Aku kena post sendiri gambar dia ke?? Post kat ig aku yang ade 900 follower tu??

Tapi aku decided untuk bersabar je la. Dah namanya politikus.

Tiba-tiba, ada beberapa jembalang tag aku kt ig Syed Saddiq SEMALAM. Guess what? DIA TENGAH PROMOTE KEK COKLAT ATAS INISIATIF YANG SAMA! Gebang benda sama; bawak mesyuarat kabinet, promote ig bla bla bla.

Dia ni dah macam tengah run skim collect product usahawan muda sebab nak makan minum free ke ape?????!!!!!

Paling best, punya panjang video promosi dia kali ni. Kalau dapat dia buat untuk SEMUA produk usahawan yang dah jadi taik dalam perut dia tu memang bagus la.

Rupa-rupanya, itu produk milik EXCO PEMUDA BERSATU! Yaaaa tuan-puan, produk KRONI dia. Patut la dia bersungguh-sungguh mengotakan janji.

Penat je beribu-ribu orang like, comment ucap tahniah atas “inisiatif bagus untuk anak muda” atau “cenggini aaaa menteri muda”. Anda semua kena kencing!

Dah 4 bulan. EMPAT BULAN aku dan yang lain bagi. Harammmmmm.

Apa? Harapan baru? Babi.
Apa? Menteri muda bantu orang muda? Babi.

*******

Ahli politik paling jangan permainkan golongan usahawan. Apatah lagi golongan usahawan muda. Ini bangsa melawan.

Kami job creators. Kami tidak bergantung pada ahli politik. Apa bendera pun tak peduli.

Kami penggerak ekonomi walau sesemput mana pun keadaan semasa.

Jangan main-main.

YB Syed Saddiq, better jadi babi daripada jadi ahli politik penipu penindas orang muda.

At least, babi tu ada juga orang bela, ada juga kegunaan.

Yang benar,
John Lemon

P/s: benda kecik macam ni pun tak boleh tunaikan ada hati nak urus bola, atlet, belia satu Malaysia.

Last, lapar sangat produk free cakap je la. Kilang aku boleh produce 3 juta botol sebulan.








P/s: Tak tahu apa nak cakap apa, tapi rasanya tak perlu la sampai nak haram mengharam benda boleh selesai cara baik. Apa kata anda.?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

kenapa perut boleh buncit.?

kenapa perut Jadi Buncit Kata orang perut buncit itu tandanya seseorang itu bahagai betul ke? Jawapannya salah sama sekali. Bahagia tidak boleh diukur dengan besarnya perut seseorang, bahagia itu hanya diri sendiri saja yang boleh mengetahui dan rasa, orang lain takan mampu mengukur setakat mana kebahagiaan kita. Okey bukan bahagia yang kita ingin bahaskan tetapi berkenaan masalah perut buncit. Di Malaysia ini sangat ramai orang yang perutnya boncit dan mejoriti dari mereka adalah dari golongan pertengahan usia di anrara 30an-50an, selebihnya adalah dari golongan 30an ke bawah. Persoalannya kenapa perut boleh buncit.? Ada yang mengatakan mereka tidak makan dengan banyak tetapi tetap perut mereka jadi buncit, terutamanya bagi lelaki yang sudah berkahwin persoalan ini sering saja timbul. Bila seseorang itu perurtnya boncit selepas kahwin ia menjadi pekara biasa dalam masyarakat. Tahukah anda perut boncit terjadi bukanlah hanya dengan faktor permakanan sahaja, tapi banyak sebab-seb...

Jawapan dari persoalan anda ada di sini

Kenapa Di landasan kereta api ada batu? Bentuk setiap batu adalah tidak sama tiada batu yang berbentuk bulat Pernahkan anda berfikir kenapa disetiap landasan kereta api didunia ini ada batu disekelilingnya, Kenapa bukan pasir atau simen atau benda-benda lain. Berikut adalah alasan kenapa di sekeliling landasan kereta api mempunyai batu. 1. Batu berguna sebagai Ballast Batu-batu kerikil yang berada di landasan kereta api di sebut ballast, ia berfungsi sebagai pemberat atau penyeimbang agar landasan kereta api tersebut selalu berfungsi. Miskipun terlihat sepele keberadaan batu kerikir sebagai ballast ini sangatlah penting. Selain itu juga, batu-batu ini bertindak sebagai penghalang untuk sebarang tumbuhan untuk tumbuh pada landasan kereta api. 2. Stabilitas landasan kereta api Batu-batu ini digunakan sebagai material khusus penampung stabilitas antara kenderaan dan strutur ral kereta api itu sendiri. Keberadaan bongkah kayu dibawah rel besi pula berguna untuk menahan ked...

Kepadatan Air Mani Tinggi Kajian Atas Pengguna Ganja

Sample air mani daripada lelaki yang pernah mengisap ganja mempunyai kepadatan sperma yang tinggi Para saintis dari Amerika Syarikat mendapati pengambilan ganja ada kaitaan dengan tahap kesuburan lelaki. Berita Bloomberg melaporkan tentang kenyataan berkenaan, berdasarkan kajian terhadap 600 lelaki yang mengunjungi klinik kesuburan bersama pasangan mereka. Laporkan kenyataan berkenaan dibuat berdasarkan kajian terhadap 600 lelaki yang mengunjungi klinik kesuburan bersama pasangan mereka 55 peratus mengakui pernah mengambil ganja dan 44 peratus lagi pernah menggunakan dadah selain ganja. Dan 11 peratus daripada peratusan tersebut masih menggunakan ganja. Analisis daripada sample air mani menunjukkan lelaki yang pernah menghisap ganja mempunyai kepadatan sperma 62.7 juta sel per mililiter berbanding 45.5 peratus sahaja bagi lelaki yang tidak menghisap ganja. Para penyelidik dari kolej kesihatan public Th Chan di Boston Amerika dr Jorge berkata banyak yang belum di ketahui m...