Betul Ke Sakit Mata Boleh berjangkit Hanya dengan Melihat Orang Yang Sakit Mata
Betul ke kata orang sakit mata tu boleh merebak dengan hanya merenung mata pesakit yang merah menyala, ia juga boleh menular melalui udara saja.? Sesuatu yang kita percaya sejak dulu lagi kan.
Sakit mata atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai konjunktivitis atau radang inflamasi pada tisu konjunktiva mata putih yang menyaluti lapisan bola mata. sakit mata terjadi adalah di sebabkan jangkitan pada kelopak mata kita, ketidaknormalan pada kelopak mata skleritis/episkeritis iaitu radang pada lapisan sklera mata biasanya berkaitan dengan masalah sistemik, masalah kornea glaukoma akut iritis iaitu radang pada tisu iris yang membentuk anak mata atau disebabkan oleh kecederaan mata.
Ia merangkumi dari masalah ringan disebabkan benda asing habuk debu atau sebagainya. jangkitan konjunktivitis hinggalah pada penyakit yang serius seperti iritis dan glaukoma yang teruk.
Adakah benar sakit mata ini boleh berjangkit hanya melalui pandangan dan udara.?
Seorang pakar perunding mata, Hospital Pakar Putri Johor Bahru, menyangkal mitos ini. Menurutnya sakit mata tidak boleh berjangkit melalui pandangan ataupun melalui udara. Ini kerana jangkitan sakit mata hanya boleh berjangkit melalui sentuhan. sebagai contoh bila seseorang pesakit mata itu menyentuh sesuatu objek atau benda, kita juga menyentuh benda yang sama selepasnya, kita berisiko tinggi untuk terkena jangkitan yang sama, bukan melalui udara atau melihat ke arah pesakit tersebut.
Apakah tanda-tanda anda terkena jangkita mata?
*Kelopak mata yang melekat terutamanya awal pagi lelepas bangun tidur.
*Discaj atau pengeluaran cecair atau lendir dari mata
*Akut, gejala berlaku dalam masa beberapa hari dan kurang dari empat minggu
*Mata rasa berpasir
*Mata merah menyala
Apakah langkah-langkah pencegahan
*Penggunaan cermin mata boleh mengurangkan silau disebabkan mata menjadi lebih sensitif.
*Kerap membasuh tangan terutamanya setiap kali menyentuh mata.
*Elakkan daripada mendedahkan diri di tempat-tempat awam seperti sekolah atau tempat kerja semasa mata merah dan berair.
*Bagi konjuntivitis alahan, elakan pekara-pekara yang boleh menyebabkan alahan, membasuh muka selepas terdedah kepada persekitaran yang berhabuk.
Jangkitan yang tidak teruk biasanya akan sembuh dalam masa dua hingga tiga hari dengan titisan ubat antibiotik mata.
jadi jagalah kesihatan mata anda..


Ow.. tak berjangkitlah.. Anyway, selalu dengar orang cakap macam tu, so terpercayalah juga hehehe. Thanks for info!
BalasPadam