Langkau ke kandungan utama

Sakit mata boleh berjangkit dengan cara pandang orang sakit mata betul ke?

Betul Ke Sakit Mata Boleh berjangkit Hanya dengan Melihat Orang Yang Sakit Mata


Betul ke kata orang sakit mata tu boleh merebak dengan hanya merenung mata pesakit yang merah menyala, ia juga boleh menular melalui udara saja.? Sesuatu yang kita percaya sejak dulu lagi kan.

Sakit mata atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai konjunktivitis atau radang inflamasi pada tisu konjunktiva mata putih yang menyaluti lapisan bola mata. sakit mata terjadi adalah di sebabkan jangkitan pada kelopak mata kita, ketidaknormalan pada kelopak mata skleritis/episkeritis iaitu radang pada lapisan sklera mata biasanya berkaitan dengan masalah sistemik, masalah kornea glaukoma akut iritis iaitu radang pada tisu iris yang membentuk anak mata atau disebabkan oleh kecederaan mata.

Ia merangkumi dari masalah ringan disebabkan benda asing habuk debu atau sebagainya. jangkitan konjunktivitis hinggalah pada penyakit yang serius seperti iritis dan glaukoma yang teruk.


Adakah benar sakit mata ini boleh berjangkit hanya melalui pandangan dan udara.?

Seorang pakar perunding mata, Hospital Pakar Putri Johor Bahru, menyangkal mitos ini. Menurutnya sakit mata tidak boleh berjangkit melalui pandangan ataupun melalui udara. Ini kerana jangkitan sakit mata hanya boleh berjangkit melalui sentuhan. sebagai contoh bila seseorang pesakit mata itu menyentuh sesuatu objek atau benda, kita juga menyentuh benda yang sama selepasnya, kita berisiko tinggi untuk terkena jangkitan yang sama, bukan melalui udara atau melihat ke arah pesakit tersebut.

Apakah tanda-tanda anda terkena jangkita mata?

*Kelopak mata yang melekat terutamanya awal pagi lelepas bangun tidur.
*Discaj atau pengeluaran cecair atau lendir dari mata
*Akut, gejala berlaku dalam masa beberapa hari dan kurang dari empat minggu
*Mata rasa berpasir
*Mata merah menyala

Apakah langkah-langkah pencegahan

*Penggunaan cermin mata boleh mengurangkan silau disebabkan mata menjadi lebih sensitif.
*Kerap membasuh tangan terutamanya setiap kali menyentuh mata.
*Elakkan daripada mendedahkan diri di tempat-tempat awam seperti sekolah atau tempat kerja semasa mata merah dan berair.
*Bagi konjuntivitis alahan, elakan pekara-pekara yang boleh menyebabkan alahan, membasuh muka selepas terdedah kepada persekitaran yang berhabuk.

Jangkitan yang tidak teruk biasanya akan sembuh dalam masa dua hingga tiga hari dengan titisan ubat antibiotik mata.

jadi jagalah kesihatan mata anda..

Ulasan

  1. Ow.. tak berjangkitlah.. Anyway, selalu dengar orang cakap macam tu, so terpercayalah juga hehehe. Thanks for info!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Saman Ibu Bapa Sendiri Kerana Lahirkannya Ke dunia

Tidak Puas Hati Di Lahirkan Ke Dunia Lelaki Ini Saman Ibu Bapanya Berkahwin dan mempunyai anak sendiri adalah menjadi impian semua orang di dunia ini, namun apa yang terjadi kadang-kadang tidaklah seindah yang di bayangkan. Pelik tapi benar itulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri di New Delhi, India apabila seorang anak pasangan ini menyaman kedua orang tuanya atas alasan melahirkannya ke dunia tanpa izinnya. Pemuda tersebut, Raphael Samuel merupakan anti-natalism (mempunyai kefahaman yang mepuyai penilaian negatif terhadap kelahiran) mengatakan, melahirkan makhluk tanpa meminta persetujuan mereka ada salah dari segi moral. Menurut pemuda ini, dia tidak mempunyai tentangan terhadap kanak-kanak atau kehidupan mereka, namun dia percaya bahawa kehidupan yang tidak mendapat persetujuan pemilik tidak seharusnya di bawa ke dunia. Pemuda ini merancang mahu mengheret ibu bapanya ke mahkamah kerana mengangap dia adalah mangsa dalam kehidupan. "Saya sayangkan ibu ...

Bakar Lemak Dengan Mudah Tanpa Perlu Bersusah Payah Ke Gym

Cara Bakar Lemak Dengan Mudah Tanpa Perlu Bersusah Payah Ke Gym Adakah azam tahun baru setiap tahun anda adalah untuk turunkan berat badan? tapi malangnya tidak pernah berjaya. Jika anda seperti di atas tahukah anda ada cara mudah dan berkesan untuk anda yang ingin kurus tanpa perlu bersusah payah bersenam di gym. ✘. Mengemas rumah Mengemas rumah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori. ✘. Membeli belah Window shopping atau membeli belah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori. Anda tidak perlu membeli apa-apa pun dan dapat membakar kalori anda ✘. Tidur Anda boleh membakar 100 kalori semasa tidur jika anda menambah dua hingga 5 pound berat otot anda. Bagaimana? Tambahkan pengambilan protein anda dan bersenam di gym. ✘. Membasuh/melipat/gosok baju Habiskan masa selama 45 minit dengan mencuci, menyidai dan menggosok pakaian anda dan anda boleh membakar 100 kalori. ✘. Bermain boling Bermain boling selama 30 minit dapat membakar 100 kalori. Tetapi anda har...